Tuesday, April 6, 2010

Renungan buat insan yang sentiasa dalam kehampaan...

Jangan bersedih, kerana qadha' telah ditetapkan, sesuatu telah ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan kehidupan pun telah dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta'khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang, dan megembalikan aliran sunga ke sumbernya semula!

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah di mana-mana, mengubah cuaca langit, dan merosakkan keindahan bunga-bunga yang sedang mekar di taman.

Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup bejana dari kulit yang berlubang, dan ibarat seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengn katakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan waktu...

(Sumber: Al-Qarni, 'Aidh Abdullah. (2006). La Tahzan; Don't be sad; Jangan bersedih: setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers)