Tuesday, September 8, 2009

Kumpulan darah anda & kepentingan mengetahuinya

Adakah anda mengetahui jenis darah anda? Berikut adalah jenis darah dan peratus individu yang memilikinya. Adalah menjadi satu kepentingan bagi individu dalam mengetahui kumpulan darah mereka. Ini adalah sebagai langkah persediaan kepada perkara di luar jangkaan anda.

Penting juga bagi wanita yang akan mengandung mengetahui apakah jenis atau kumpulan darah mereka di segi kumpulan ABO dan rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan, tetapi bagi wanita yang mendapati mereka dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika dia mengandung. Kadar kejadian rhesus negatif di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. Antara kaum pula, didapati kadar yang tertinggi sekali ialah di kalangan wanita India diikuti oleh wanita Melayu dan Cina. Kebanyakan penduduk Malaysia adalah rhesus positif dan jika seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran, bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.

(Sumber: http://home.hamidarshat.com/BUKU%20ZURIAT.htm)

HUSM KEKURANGAN DARAH JENIS KUMPULAN O NEGATIF

Wednesday, 27 February 2008 17:54
KOTA BHARU - Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini mengalami kekurangan bekalan darah jenis kumpulan O negatif untuk keperluan perubatannya.Pegawai Perubatannya, Dr Abdul Karim Yusof berkata, setakat ini bekalan darah itu di tahap kritikal dan pihaknya amat memerlukan sumbangan orang ramai terutama bagi menyertai kempen derma darah secara berkumpulan. Justeru, pihaknya mengalu-alukan sumbangan jenis darah tersebut berikutan peningkatan penyakit terutamanya di kalangan bayi yang baru dilahirkan di hospital itu. “Darah O negative amat diperlukan untuk pesakit kanser, mangsa kemalangan dan pembedahan. Ketika ini kaunter menderma darah dibuka di ruang legar Farmasi HUSM,” katanya di sini semalam.
(Sumber: http://www.kck.usm.my/index.php/Berita/husm-kekurangan-darah-jenis-kumpulan-o-negatif.html)

Nota: Pengalaman saya yang pernah bertugas di Medical Records Dept, daripada maklumat rakan-rakan di sana, individu yang memiliki kumpulan darah rhesus negatif amat sedikit jumlahnya. Oleh itu kepada rakan-rakan terutamanya yang sedang hamil, anda perlu mengambil tahu serba sedikit info mengenainya dan tentang individu lain yang mempunyai kumpulan darah yang sama dengan anda sebagai persediaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada yang pakar. Wassalam

Ilmu...

"Ilmu itu seperti hujan yang turun dari langit, manis lagi bersih. Lalu diminum oleh kayu kayan dan urat-uratnya. Maka dirubahkan air itu, menurut kadar rasanya. Lalu yang pahit menambahkan kepahitannya dan yang manis menambahkan kemanisannya"

(Sumber: Mutiara kata - Anonymous)

Pandai berfikir

Pandai berfikir..sebuah judul buku yang ditulis oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. Buku ini amat bermanfaat kepada individu yang berminat mengkaji dan mendalami bentuk kesalahan dalam berfikir.

Antara intipati menarik bagi saya yang dapat diambil daripada buku ini adalah:

Perbezaan antara Pandai Belajar dan Pandai Berfikir. Pandai belajar tidak serupa dengan pandai berfikir. Kedua-dua kemahiran ini amat penting dalam kejayaan dalam bidang akademik dan pekerjaan. Sebagai contoh pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan tetapi menjadi orang biasa-biasa sahaja dalam dunia pekerjaan dan sebaliknya individu yang bukan dikategorikan sebagai pelajar cemerlang begitu berjaya dalam profesion mereka.

Orang yang pandai berfikir mempunyai pelbagai keupayaan yang tidak dimiliki oleh individu-individu yang hanya pandai belajar dan pandai menjawab soalan peperiksaan. Salah satu keupayaan tersebut adalah melihat jauh ke hadapan berdasarkan apa yang ada pada masa sekarang. Ia berkepentingan dalam perkara yang melibatkan perancangan strategi. Mereka yang pandai berfikir juga berkeupayaan dalam melihat masalah dalam pelbagai sudut baru yang tidak terlihat sebelum ini.

Bagi saya, kedua-dua kemahiran ini perlu jalan seiring dalam melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti. Ia perlu diterapkan di minda anak-anak kita sejak mereka kecil lagi dalam melatih mereka menggunakan kedua-dua kemahiran ini.

Ingin tahu lebih lanjut?...Selamat membaca.

(Sumber: Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2005). Pandai berfikir. Selangor: PTS Consultants Sdn. Bhd.)

Friday, September 4, 2009

La tahzan...


La Tahzan...adalah judul buku yang pernah saya baca. Buku yang penuh dengan manfaat, iktibar dan motivasi ini adalah buku yang terlaris jualannya di Timur Tengah dan Indonesia. Buku tersebut adalah hasil nukilan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu. Antara intipati yang terkandung dalam buku tersebut adalah penyelesaian pelbagai masalah yang sering melanda kehidupan manusia dewasa ini rentetan daripada keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, putus asa, hilang harapan, kecewa dan sebagainya. Oleh kerana latarbelakang pekerjaan saya sebagai Pustakawan yang banyak bersangkutan dengan pelbagai bahan bacaan di perpustakaan inilah menemukan saya dengan pelbagai maklumat berguna termasuklah buku ini. Dek kerana komitmen terhadap kerjaya ia membataskan saya untuk mendalami lebih lanjut kandungan buku ini. Insyaallah akan saya terokainya sedikit demi sedikit. Semoga dengan adanya buku ini dapat membantu saya dan anda mengurangkan tahap kesedihan dan tekanan yang mendatang. Oleh itu...Selamat Membaca..

Petikan daripada La Tahzan...

"Bergembira dan berbahagialah!"
"Optimis dan tenanglah"
"Hiduplah dengan kehidupan sebagaimana hidupnya kehidupan itu sendiri, dengan kebahagiaan dan kerelaan yang membuat anda selalu hidup GEMBIRA"

Wassalam...
(Sumber: Al-Qarni, 'Aidh Bin Abdullah. (2006). La Tahzan; Don't be sad; Jangan bersedih: setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers)

Sekadar menghiburkan hati

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa,Kah..kah..kah..kah...kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok..Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"Kodok kata kepada Ketam, "Ketam, kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kilas, "Kelakar.""Kelakar ke kurang-ajar?" kata KodokKerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk ! ", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

------------------------------------------------------------------------------

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

(Sumber: Petikan e-mail - Anonymous)

Pembuka bicara

Assalamualaikum WBT...

Hari ini merupakan hari pertama blog ini dibuat dan dilancarkan iaitu pada hari Jumaat 04 September 2009 bersamaan 14 Ramadhan 1430 H. Saya mengambil hari ini sebagai hari pelancaran blog ini adalah bersempena mengambil berkat bulan Ramadhan dan hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari ini. Semoga kata-kata yang bakal dicoretkan ini dapat memberi impak positif dan signifikan kepada diri ini dan sesiapa yang sudi membacanya. Insyaallah...

Wassalam...