Tuesday, September 8, 2009

Pandai berfikir

Pandai berfikir..sebuah judul buku yang ditulis oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. Buku ini amat bermanfaat kepada individu yang berminat mengkaji dan mendalami bentuk kesalahan dalam berfikir.

Antara intipati menarik bagi saya yang dapat diambil daripada buku ini adalah:

Perbezaan antara Pandai Belajar dan Pandai Berfikir. Pandai belajar tidak serupa dengan pandai berfikir. Kedua-dua kemahiran ini amat penting dalam kejayaan dalam bidang akademik dan pekerjaan. Sebagai contoh pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan tetapi menjadi orang biasa-biasa sahaja dalam dunia pekerjaan dan sebaliknya individu yang bukan dikategorikan sebagai pelajar cemerlang begitu berjaya dalam profesion mereka.

Orang yang pandai berfikir mempunyai pelbagai keupayaan yang tidak dimiliki oleh individu-individu yang hanya pandai belajar dan pandai menjawab soalan peperiksaan. Salah satu keupayaan tersebut adalah melihat jauh ke hadapan berdasarkan apa yang ada pada masa sekarang. Ia berkepentingan dalam perkara yang melibatkan perancangan strategi. Mereka yang pandai berfikir juga berkeupayaan dalam melihat masalah dalam pelbagai sudut baru yang tidak terlihat sebelum ini.

Bagi saya, kedua-dua kemahiran ini perlu jalan seiring dalam melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti. Ia perlu diterapkan di minda anak-anak kita sejak mereka kecil lagi dalam melatih mereka menggunakan kedua-dua kemahiran ini.

Ingin tahu lebih lanjut?...Selamat membaca.

(Sumber: Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2005). Pandai berfikir. Selangor: PTS Consultants Sdn. Bhd.)

No comments:

Post a Comment