Friday, September 4, 2009

La tahzan...


La Tahzan...adalah judul buku yang pernah saya baca. Buku yang penuh dengan manfaat, iktibar dan motivasi ini adalah buku yang terlaris jualannya di Timur Tengah dan Indonesia. Buku tersebut adalah hasil nukilan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu. Antara intipati yang terkandung dalam buku tersebut adalah penyelesaian pelbagai masalah yang sering melanda kehidupan manusia dewasa ini rentetan daripada keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, putus asa, hilang harapan, kecewa dan sebagainya. Oleh kerana latarbelakang pekerjaan saya sebagai Pustakawan yang banyak bersangkutan dengan pelbagai bahan bacaan di perpustakaan inilah menemukan saya dengan pelbagai maklumat berguna termasuklah buku ini. Dek kerana komitmen terhadap kerjaya ia membataskan saya untuk mendalami lebih lanjut kandungan buku ini. Insyaallah akan saya terokainya sedikit demi sedikit. Semoga dengan adanya buku ini dapat membantu saya dan anda mengurangkan tahap kesedihan dan tekanan yang mendatang. Oleh itu...Selamat Membaca..

Petikan daripada La Tahzan...

"Bergembira dan berbahagialah!"
"Optimis dan tenanglah"
"Hiduplah dengan kehidupan sebagaimana hidupnya kehidupan itu sendiri, dengan kebahagiaan dan kerelaan yang membuat anda selalu hidup GEMBIRA"

Wassalam...
(Sumber: Al-Qarni, 'Aidh Bin Abdullah. (2006). La Tahzan; Don't be sad; Jangan bersedih: setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers)

No comments:

Post a Comment