Thursday, December 1, 2011

Berkatkah mencari rezeki dengan cara sebegitu?.........Wallahua'lam

Al-kisah.....

Sepasang suami isteri yang tlh bbrpa bulan berkahwin baru sahaja berpindah ke rumah sewa yang baru. Al-maklumlah baru nak belajar hidup berdua. Macam2 perlu dibuat. Dan sudah pasti duit yang keluar juga selaju air.

Baru sahaja duduk 3 hari paip rumah sewa pecah. Call Pihak Pengurusan Rumah asyik x berangkat. Call Maintenance bangunan hilang ntah ke mana. Last choice mencari no plumber untuk betulkan paip. Urgent!...Call petang tp plumber minta dtg 8.30 malam. No choice..terpaksalah tunggu, kalau x alamat banjirlah 1 rumah nnt.

Suami isteri menunggu dengan sabar sehingga malam. Akhirnya plumber datang dengan seorang assistant. Meluru masuk tanpa bertanya dulu paip mana yang pecah (x mencerminkan lgsg adab org Melayu). Setelah ditunjukkan paip yang pecah, mereka mula menjalankan misi. Belek punye belek paip, beginilah hasilnya:

Plumber: "Ni pecah dalam kene tebuk dinding ni. Saya x bawak sparepart, gam paip sy x bwk, sume brg2 sy x bwk, malam2 kedai tutup. Kene buat esok ni"

Suami: "Kalau mcm tu xpela bang sy mnt org lain buat nnt (dgn nada kecewa sbb tunggu lama hnya nak dgr plumber tu ckp mcm tu je). Ermmm..abis tu yg ni camne nak kira harga.

Plumber: RM 30 je dah la.

Consultation apa yg plumber tu bg yg membolehkan dia meletakkan RM 30 sbg balasan. Hanya nk ckp semua barang2 dia x bwk?? Bukan salah tuan rumah bila dia x bwk sparepart. Wajarkah seorang plumber x bwk sparepart dtg rumah orang utk betulkan paip??Dan dgn bangganya minta RM 30????

Macam mn la orang kita nak maju jika etika dan adab x dijaga. Dan mcm mn org kita nak bantu org kita sdgkan org kita x pernah nk bantu diri sendiri. Hanya tahu nak mengambil kesempatan ke ats orang lain untuk mendapatkan wang dgn mudah..

Di jaket plumber tertera..."Professional Plumber H***** 019-*******". Professionalkah dia jika mendatangkan kemarahan orang lain dan perkhidmatan x setanding dgn ganjaran?. Berkatkah mencari rezeki dgn cara sebegitu???................Wallahua'lam

Tuesday, April 6, 2010

Renungan buat insan yang sentiasa dalam kehampaan...

Jangan bersedih, kerana qadha' telah ditetapkan, sesuatu telah ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan kehidupan pun telah dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta'khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang, dan megembalikan aliran sunga ke sumbernya semula!

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air bah di mana-mana, mengubah cuaca langit, dan merosakkan keindahan bunga-bunga yang sedang mekar di taman.

Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup bejana dari kulit yang berlubang, dan ibarat seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengn katakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan waktu...

(Sumber: Al-Qarni, 'Aidh Abdullah. (2006). La Tahzan; Don't be sad; Jangan bersedih: setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers)

Monday, October 26, 2009

Makanan berbahaya...


Secara kita tidak sedari makanan yang kita makan sehari-hari mempunyai banyak risiko penyakit dan berkemungkinan mengandungi bakteria berbahaya yang memudaratkan kesihatan. Ini adalah berdasarkan maklumat yang terkandung dalam buku yang berjudul Makanan berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Buku ini mengandungi panduan CAP mengenai bahaya tersembunyi dalam makanan. Memakan sesetengah daripada makanan ini bukan sekadar boleh membuatkan anda terpaksa berulang alik ke tandas. disebabkan beracun, makanan sebegini boleh membawa kepada pelbagai gangguan dan kesakitan kronik - malah kanser, kemandulan dan kecacatan di kalangan anak-anak muda. CAP meneliti segala kelemahan dan keburukan yang terselindung di sebalik makanan yang dianggap menyenangkan pada masa kini. Makanan sekarang tidak lagi seperti yang anda sangkakan: kini adalah lebih menguntungkan untuk memalsukan makanan - sama ada yang dibenarkan atau tidak - dengan ramuan tiruan dan pengganti yang murah.

Bagi saya yang menariknya tentang buku ini, adalah kupasan tentang resepi pembawa penyakit dan bendasing yang terkandung dalam makanan seharian kita. Percaya atau tidak, terdapat keajadian dimana bendasing dalam makanan yang nyaris dimakan oleh pembelinya. Bukan sahaja bendasing yang berbahaya dan menjijikkan seperti jarum, lipas, kaca, pin baju berkarat, cicak, telur lipas, dawai kokot, getah, spring, rambut, ulat, lalat bahkan najis serangga juga berkemungkinan terdapat dalam makanan yang anda makan. Sungguh meloyakan...Oleh itu lihat dahulu sebelum anda memakan sesuatu terutamanya makanan yang sedia dimakan seperti roti, minuman dalam tin, makanan ringan dsbnya.

Selain daripada bendasing berbahaya dan menjijikkan, terdapat juga kuman pembawa penyakit di dalam makanan. Kadangkala kandungannya melebihi daripada jumlah maskimum yang dibenarkan. Kuman-kuman ini sememangnya tidak kita sedari terdapat dalam makanan yang dimakan kerana ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Antara kuman yang biasa terdapat di dalam makanan terutamanya makanan laut, sayur-sayuran, daging dan makanan yang sedia dimakan (di kedai kopi, gerai penjaja, restoran dsbnya) adalah E.coli (terkandung dalam najis atau usus manusia dan haiwan), Staphylococcus aureus (menyebabkan keracunan makanan - terdapat dalam hidung, kerongkong dan kudis) dan caliform (nama kolektif bagi beberapa jenis bakteria yang terdapat dalam usus dan najis manusia dan haiwan).

Ingin mengetahui lebih lanjut?kandungan berbahaya dan mengancam nyawa dalam makanan?Bacalah buku yang berinformasi ini untuk faedah bersama. Semoga kupasan ini dapat membantu anda memilih dengan lebih bijak dan berhati-hati semasa membeli. Selamat membaca dan tingkatkan informasi anda..

(Sumber: Makanan berbahaya. (2002). Pulau Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Tuesday, September 8, 2009

Kumpulan darah anda & kepentingan mengetahuinya

Adakah anda mengetahui jenis darah anda? Berikut adalah jenis darah dan peratus individu yang memilikinya. Adalah menjadi satu kepentingan bagi individu dalam mengetahui kumpulan darah mereka. Ini adalah sebagai langkah persediaan kepada perkara di luar jangkaan anda.

Penting juga bagi wanita yang akan mengandung mengetahui apakah jenis atau kumpulan darah mereka di segi kumpulan ABO dan rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan, tetapi bagi wanita yang mendapati mereka dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika dia mengandung. Kadar kejadian rhesus negatif di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. Antara kaum pula, didapati kadar yang tertinggi sekali ialah di kalangan wanita India diikuti oleh wanita Melayu dan Cina. Kebanyakan penduduk Malaysia adalah rhesus positif dan jika seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran, bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.

(Sumber: http://home.hamidarshat.com/BUKU%20ZURIAT.htm)

HUSM KEKURANGAN DARAH JENIS KUMPULAN O NEGATIF

Wednesday, 27 February 2008 17:54
KOTA BHARU - Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini mengalami kekurangan bekalan darah jenis kumpulan O negatif untuk keperluan perubatannya.Pegawai Perubatannya, Dr Abdul Karim Yusof berkata, setakat ini bekalan darah itu di tahap kritikal dan pihaknya amat memerlukan sumbangan orang ramai terutama bagi menyertai kempen derma darah secara berkumpulan. Justeru, pihaknya mengalu-alukan sumbangan jenis darah tersebut berikutan peningkatan penyakit terutamanya di kalangan bayi yang baru dilahirkan di hospital itu. “Darah O negative amat diperlukan untuk pesakit kanser, mangsa kemalangan dan pembedahan. Ketika ini kaunter menderma darah dibuka di ruang legar Farmasi HUSM,” katanya di sini semalam.
(Sumber: http://www.kck.usm.my/index.php/Berita/husm-kekurangan-darah-jenis-kumpulan-o-negatif.html)

Nota: Pengalaman saya yang pernah bertugas di Medical Records Dept, daripada maklumat rakan-rakan di sana, individu yang memiliki kumpulan darah rhesus negatif amat sedikit jumlahnya. Oleh itu kepada rakan-rakan terutamanya yang sedang hamil, anda perlu mengambil tahu serba sedikit info mengenainya dan tentang individu lain yang mempunyai kumpulan darah yang sama dengan anda sebagai persediaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada yang pakar. Wassalam

Ilmu...

"Ilmu itu seperti hujan yang turun dari langit, manis lagi bersih. Lalu diminum oleh kayu kayan dan urat-uratnya. Maka dirubahkan air itu, menurut kadar rasanya. Lalu yang pahit menambahkan kepahitannya dan yang manis menambahkan kemanisannya"

(Sumber: Mutiara kata - Anonymous)

Pandai berfikir

Pandai berfikir..sebuah judul buku yang ditulis oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. Buku ini amat bermanfaat kepada individu yang berminat mengkaji dan mendalami bentuk kesalahan dalam berfikir.

Antara intipati menarik bagi saya yang dapat diambil daripada buku ini adalah:

Perbezaan antara Pandai Belajar dan Pandai Berfikir. Pandai belajar tidak serupa dengan pandai berfikir. Kedua-dua kemahiran ini amat penting dalam kejayaan dalam bidang akademik dan pekerjaan. Sebagai contoh pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan tetapi menjadi orang biasa-biasa sahaja dalam dunia pekerjaan dan sebaliknya individu yang bukan dikategorikan sebagai pelajar cemerlang begitu berjaya dalam profesion mereka.

Orang yang pandai berfikir mempunyai pelbagai keupayaan yang tidak dimiliki oleh individu-individu yang hanya pandai belajar dan pandai menjawab soalan peperiksaan. Salah satu keupayaan tersebut adalah melihat jauh ke hadapan berdasarkan apa yang ada pada masa sekarang. Ia berkepentingan dalam perkara yang melibatkan perancangan strategi. Mereka yang pandai berfikir juga berkeupayaan dalam melihat masalah dalam pelbagai sudut baru yang tidak terlihat sebelum ini.

Bagi saya, kedua-dua kemahiran ini perlu jalan seiring dalam melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti. Ia perlu diterapkan di minda anak-anak kita sejak mereka kecil lagi dalam melatih mereka menggunakan kedua-dua kemahiran ini.

Ingin tahu lebih lanjut?...Selamat membaca.

(Sumber: Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2005). Pandai berfikir. Selangor: PTS Consultants Sdn. Bhd.)

Friday, September 4, 2009

La tahzan...


La Tahzan...adalah judul buku yang pernah saya baca. Buku yang penuh dengan manfaat, iktibar dan motivasi ini adalah buku yang terlaris jualannya di Timur Tengah dan Indonesia. Buku tersebut adalah hasil nukilan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu. Antara intipati yang terkandung dalam buku tersebut adalah penyelesaian pelbagai masalah yang sering melanda kehidupan manusia dewasa ini rentetan daripada keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, putus asa, hilang harapan, kecewa dan sebagainya. Oleh kerana latarbelakang pekerjaan saya sebagai Pustakawan yang banyak bersangkutan dengan pelbagai bahan bacaan di perpustakaan inilah menemukan saya dengan pelbagai maklumat berguna termasuklah buku ini. Dek kerana komitmen terhadap kerjaya ia membataskan saya untuk mendalami lebih lanjut kandungan buku ini. Insyaallah akan saya terokainya sedikit demi sedikit. Semoga dengan adanya buku ini dapat membantu saya dan anda mengurangkan tahap kesedihan dan tekanan yang mendatang. Oleh itu...Selamat Membaca..

Petikan daripada La Tahzan...

"Bergembira dan berbahagialah!"
"Optimis dan tenanglah"
"Hiduplah dengan kehidupan sebagaimana hidupnya kehidupan itu sendiri, dengan kebahagiaan dan kerelaan yang membuat anda selalu hidup GEMBIRA"

Wassalam...
(Sumber: Al-Qarni, 'Aidh Bin Abdullah. (2006). La Tahzan; Don't be sad; Jangan bersedih: setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers)