

Penting juga bagi wanita yang akan mengandung mengetahui apakah jenis atau kumpulan darah mereka di segi kumpulan ABO dan rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan, tetapi bagi wanita yang mendapati mereka dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika dia mengandung. Kadar kejadian rhesus negatif di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. Antara kaum pula, didapati kadar yang tertinggi sekali ialah di kalangan wanita India diikuti oleh wanita Melayu dan Cina. Kebanyakan penduduk Malaysia adalah rhesus positif dan jika seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran, bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.
(Sumber: http://home.hamidarshat.com/BUKU%20ZURIAT.htm)
HUSM KEKURANGAN DARAH JENIS KUMPULAN O NEGATIF
Wednesday, 27 February 2008 17:54
KOTA BHARU - Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kini mengalami kekurangan bekalan darah jenis kumpulan O negatif untuk keperluan perubatannya.Pegawai Perubatannya, Dr Abdul Karim Yusof berkata, setakat ini bekalan darah itu di tahap kritikal dan pihaknya amat memerlukan sumbangan orang ramai terutama bagi menyertai kempen derma darah secara berkumpulan. Justeru, pihaknya mengalu-alukan sumbangan jenis darah tersebut berikutan peningkatan penyakit terutamanya di kalangan bayi yang baru dilahirkan di hospital itu. “Darah O negative amat diperlukan untuk pesakit kanser, mangsa kemalangan dan pembedahan. Ketika ini kaunter menderma darah dibuka di ruang legar Farmasi HUSM,” katanya di sini semalam.
(Sumber: http://www.kck.usm.my/index.php/Berita/husm-kekurangan-darah-jenis-kumpulan-o-negatif.html)
Nota: Pengalaman saya yang pernah bertugas di Medical Records Dept, daripada maklumat rakan-rakan di sana, individu yang memiliki kumpulan darah rhesus negatif amat sedikit jumlahnya. Oleh itu kepada rakan-rakan terutamanya yang sedang hamil, anda perlu mengambil tahu serba sedikit info mengenainya dan tentang individu lain yang mempunyai kumpulan darah yang sama dengan anda sebagai persediaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada yang pakar. Wassalam